Print

Sejarah Penubuhan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

SEJARAH PENUBUHAN AKRAB DI MALAYSIA

Sejarah kelahiran AKRAB bermula seawal 2007, ketika itu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu Pekeliling Bil 29 Tahun 2007 iaitu Perubahan Skim Perkhidmatan kaunselor dan Penolong kaunselor kepada Pegawai Psikologi dan juga Penolong Pegawai Psikologi. Semua kementerian telah mendapat sekurang-kurangnya seorang Pegawai Psikologi untuk menjalankan tugas – tugas Pegawai Psikologi. Hakikatnya seorang Pegawai Psikologi tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga kementerian tanpa sokongan daripada ahli rakan pembimbing.

Perlaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di kementerian dan jabatan merupakan sokongan kepada aplikasi psikologi dalam intervensi dan perlaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan kaunseling Di Agensi Awam. Melalui pekeliling ini setiap kementerian dan jabatan diharapkan dapat menubuhkan unit perkhidmatan kaunseling secara formal dan terancang. Sementara pegawai kaunseling perlu dilantik di kalangan pegawai – pegawai sedia ada dan perlu diberi latihan kemahiran asas kaunseling. 

 

SEJARAH PENUBUHAN AKRAB DI UTHM

Sejarah kelahiran AKRAB bermula sejak tahun 2008 lagi ketika itu buat pertama kalinya Pusat Kaunseling UTHM telah merekrut ahli AKRAB sulung untuk mengikuti Kursus Peningkatan Tahap kaunseling peringkat pertama dan kedua. Kumpulan pertama ini telah berjaya ditauliahkan dan bergraduasi di Putrajaya. Kemudian Kumpulan kedua AKRAB UTHM telah direkrut pada 2009 untuk menambahkan kepada jumlah sedia ada menjadikan ahli terkumpul sekarang ialah 57 orang. Kumpulan kedua ini juga telah ditauliahkan menjadi ahli AKRAB yang sah dan bergraduasi di Batu Pahat. Untuk mencapai sasaran 250 orang ahli AKRAB maka Pusat Kaunseling UTHM sekali lagi merekrut kumpulan baru bagi menambakan ahli sedia ada.   

Kumpulan siri ketiga AKRAB UTHM telah mengikuti kursus PPKK di Isma Beach Resort Tanjung Keling Melaka dan telah ditauliahkan di PICC Putrajaya pada November 2010. Jumlah terkini ahli AKRAB UTHM kini telah mencecah 83 orang. Kumpulan siri keempat dan kelima pula telah mengikuti kursus PPKK di lokasi yang sama pada 2011 dan 2012.Kumpulan siri keenam telah mengikuti Kursus PPKK di Tanjung Bidara Resort. Kumpulan siri ketujuh pula telah mengikuti kursus di Akar Beach Resort Port Dickson. Sehingga kini jumlah keseluruhan ahli AKRAB UTHM ialah seramai 120 orang.   

Hakcipta Terpelihara 2013-2016 Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia ,  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.  Paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768, pelayar Mozilla Firefox 11 dan Internet Explorer 9.