Print

SOALAN LAZIM

Written by Super User. Posted in Uncategorised

SOALAN  : Apakah itu AKRAB?

JAWAPAN : AKRAB ialah Pembimbing Rakan Sekerja.

 

SOALAN  : Adakah AKRAB persatuan/Kelab UTHM ?

JAWAPAN : AKRAB bernaung di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. AKRAB telah diletakkan di bawah Bahagian Sumber Manusia Pejabat Pendaftar UTHM.

 

SOALAN  : Adakah AKRAB sebuah persatuan yang memberikan khidmat pakar kaunseling  ?

JAWAPAN : AKRAB hanya menjalankan aktiviti bimbingan dan bukannya memberikan kaunseling samada kepada staf atau pelajar.

 

SOALAN : Siapakah Yang Layak Menjadi Ahli AKRAB UTHM?

JAWAPAN : Hanya staf UTHM sahaja yang layak menjadi ahli.

 

SOALAN : Apakah Syarat Menjadi Ahli AKRAB UTHM?

JAWAPAN : Staf hendaklah berjawatan tetap atau kontrak. Meminati memberikan bimbingan kepada rakan sekerja dan berminat untuk mendalami bidang psikologi.

 

SOALAN : Apakah prosidur menjadi Ahli AKRAB UTHM yang sah?

JAWAPAN : Kepada staf UTHM yang berminat boleh memohon pada tarikh yang ditetapkan. Staf akan menduduki Ujian Personaliti kemudian akan mengikuti sesi temuduga atau temubual. Seterusnya staf tersebut akan mengikuti Kursus Peningkatan Tahap Kaunseling (PPKK) yang akan diadakan seminggu di luar UTHM.Staf kemudiannya akan ditauliahkan.

 

SOALAN : Apakah Faedah Menjadi Ahli AKRAB UTHM?

JAWAPAN : Terdapat banyak faedah yang akan diperolehi ahli. Pertama dapat menimba ilmu psikologi dan memahami tingkahlaku manusia serta pengurusan manusia dari seminar , kursus yang dianjurkan oleh AKRAB UTHM dan pihak JPA. Ahli juga dapat berpeluang mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi AKRAB UTHM. Ahli juga dapat mengenali potensi diri dan dapat membantu menyelesaikan masalah sendiri melalui pembelajaran yang diberikan.

 

SOALAN : Saya berminat untuk berkhidmat sebagai AJK di dalam AKRAB UTHM bagaimana caranya?

JAWAPAN : Anda haruslah menjadi ahli AKRAB secara sah terlebih dahulu. Sekiranya berminat boleh menghubungi terus Presiden atau Timbalan Presiden AKRAB untuk diserapkan ke mana-mana Biro. Atau anda boleh mencalonkan diri dalam pemilihan AJK pada Mesyuarat Agong Tahunan.

Hakcipta Terpelihara 2013-2016 Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia ,  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.  Paparan terbaik dengan resolusi 1024 x 768, pelayar Mozilla Firefox 11 dan Internet Explorer 9.