links


Program Terkini UAD
Print

Tanggungjawab Jawatankuasa Audit

  • Menyemak dan mengkaji kesempurnaan serta keutuhan sistem kawalan dalaman pengurusan kewangan serta pentadbiran Universiti.
  • Mengkaji dan meluluskan Perancangan Audit Tahunan yang disediakan Unit Audit Dalam dengan membuat cadangan skop pengauditan dan tumpuan audit sekiranya ada.
  • Mengkaji laporan Unit Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara bagi memastikan semua isu-isu yang di laporkan di ambil tindakan sewajarnya dan memperakukan tindakan susulan serta mengesyorkan tindakan penambahbaikkan.
  • Memastikan tiada sekatan atau batasan yang tidak wajar di mana boleh menjejaskan keberkesanan Audit Dalam iaitu Unit Audit Dalam diberikan akses yang sesuai pada maklumat dalam melaksanakan tugasnya.
  • Memastikan Unit Audit Dalam mempunyai sumber yang mencukupi dan staf yang kompeten agar membolehkan ia berfungsi dengan berkesan.
  • Menimbangkan syor dan cadangan sebarang kajian semula dalaman tentang keberkesanan fungsi Audit Dalam sebagai usaha meningkatkan lagi prestasi dan jaminan kualiti Audit Dalam.