links


Program Terkini UAD
Print

Objektif Kualiti

  • Memberi perkhidmatan audit yang profesional dengan cekap, adil dan mesra berlandaskan standard dan kod etika audit dalam UTHM.
  • Melaksanakan 'audit review' dan analisa terhadap Penyata Kewangan Universiti untuk diperakukan kepada pihak Jawatankuasa Audit Universiti sebelum 30 April dengan memberi jaminan munasabah bahawa penyata disediakan dengan betul, penzahiran dan penyampaian maklumat yang benar dan mancukupi serta mengikut undang-undang.
  • Melaksanakan Audit Pengurusan, Kewangan di semua PTj sepertimana dalam Rancangan Audit Tahunan bagi memastikan suasana kawalan sewajarnya wujud dalam pengurusan kewangan, operasi dan pentadbiran Universiti.
  • Melaksanakan Audit Pengurusan terhadap aktiviti / program Universiti sepertimana dalam Rancangan Audit Tahunan bagi memastikan ianya dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta tiada pembaziran.
  • Melaksanakan Audit ICT sepertimana dalam rancangan audit tahunan bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta mempunyai kawalan dalaman yang mencukupi.
  • Menyiapkan laporan audit dalam tempoh tiga (3) minggu selepas kerja-kerja pengauditan selesai.
  • Membentangkan laporan audit ke Jawatankuasa Audit untuk sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi memastikan tindakan segera diambil terhadap setiap kelemahan dan kesalahan pengurusan kewangan agar kes-kes kesalahan yang berulang menurun sekurang-kurangnya 80% di masa hadapan.