links


Program Terkini UAD
Print

Pengenalan

Unit Audit Dalam telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti pada 16 Mei 2001. Unit ini mula dianggotai pada 1 Ogos 2001 yang bertindak menjalankan pemeriksaan audit dan penilaian bebas terhadap sistem pengurusan kewangan, aktiviti - aktiviti atau program dan operasi di UTHM. Unit ini akan melapor dan bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit.

Bagi tujuan meningkatkan akauntabiliti UTHM, Jawatankuasa Audit telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2001 seperti diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Fungsi Jawatankuasa Audit di antara lain termasuk mengkaji rancangan aktiviti audit dalam serta laporan audit dalam dan luar. Selain itu ianya juga memperakukan tindakan - tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah.