links


Program Terkini UAD
Print

Ucapan Aluan Ketua Audit Dalam

 gambarucapan

Assalamualaikum w.b.t,

Dengan lafaz syukur Alhamdulilah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) serta para sahabatnya saya ucapkan selamat datang ke laman web Unit Audit Dalam,UTHM.

Selamat sejahtera dan Salam satu Malaysia diucapkan kepada seluruh warga UTHM sekalian. Unit Audit Dalam diwujudkan untuk membantu organisasi meningkatkan sistem kawalan dalaman dan tadbir urus yang baik. Oleh itu inisiatif & mekanisme yang berterusan seharusnya diambil demi memenuhi visi dan misi Universiti.

Perkhidmatan yang cekap banyak bergantung kepada kapisiti & kepercayaan kita menyesuaikan tugas sejajar dengan perkembangan masa disamping mematuhi kehendak peraturan yang ditetapkan. Budaya IT telah menyediakan satu kaedah baru bagi menyempurnakan tugas dengan berkesan selain memberi maklumat yang berguna dalam melaksanakan tugas seharian. Menyedari betapa pentingnya dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat , maka Unit Audit Dalam dengan rasminya melancarkan laman web baru yang ditambahbaik.

Laman web ini merupakan repositori penting kepada usaha memperluaskan penyebaran maklumat mengenai pengauditan dan pengurusan kewangan kepada auditi, khususnya dan warga Universiti amnya. Laman web yang disediakan dalam dwi bahasa ini adalah lebih berinformasi di mana direktori jaringan dalam web ini telah dipelbagaikan disamping mengintegrasikan pautan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan / Agensi lain. Laman web ini bukan sahaja mengandungi maklumat tentang Unit Audit Dalam UTHM , tetapi juga mengandungi panduan , peraturan dan lain - lain sumber maklumat berkaitan dengan kewangan yang berguna untuk meningkatkan lagi akauntabiliti.

Diharap laman web ini akan meningkatkan jaringan hubungan antara Pusat tanggungjawab di UTHM serta memudahkan perkongsian maklumat dan akses kepada maklumat yang terkini.

Akhir kata , saya mengalu-alukan kepada anda untuk melayari laman web ini dan menggunakan maklumat yang ada dalam usaha meningkatkan lagi pengurusan kewangan dan tadbir urus terbaik di UTHM.

Sekian wassalam

ROSLAN BIN MD TAHA

KETUA  AUDIT DALAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA